Saturday, 17 March 2012

Cara Membina Generasi Al-quran



Hafiz-hafiz al-quran dewasa kini amat ramai sekali untuk dihitung sekarang ni…MasyaAllah… Ini adalah satu kelebihan dan perkembangan islam itu sendiri. Jadi, sebagai seorang yang ‘alert’ kepada al-quran, terlintas di hati saya untuk berkongsi sedikit dengan sahabat sekalian berkaitan dengan kaedah menghafal al-quran walaupun saya ni, bukanlah seorang hafiz lagi. Tetapi, saya adalah orang yang mengejar untuk menjadi seorang hafiz al-quran yang diredhoi Allah, insyaAllah… Jadi, saya rasa masih sempat lagi untuk kita menjadi hafiz sama-sama insyaAllah.
 Sebelum kita menghafal al-quran, kawan-kawan mestilah mengosongkan niat kita bahawa, kita hafal adalah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah sahaja kena perbetul. Kenapa? Kerana ada juga hamba Allah yang hanya menghafal al-quran kerana hendakkan sijil semata-mata supaya namanya disebut-sebut berkaitan dengan lagu apa yang telah dia pelajari, berapa qiroat(cara bacaan)  yang dia telah hadham atau belajar, semua tu kita kena ikhlaskan niat kita. Cara menghafal al-quran yang ingin saya kongsikan merupakan cara yang paling ringan digunakan. Sya pasti, sahabat-sahabat akan mampu untuk mengikutnya..
 Sebelum kita menghafal al-quran, carilah dan peruntukkanlah… 15 minit dalam sehari khas untuk kita menghafal al-quran. Berikut adalah cara-cara untuk kita menghafal al-quran….
-Ikhlaskan niat kita hanya untuk Allah. Jangan sesekali berniat hanya untuk mendapat nama sahaja.
-Hafal al-quran dari satu cetakan sahaja. Jangan beza. Maknanya, setiap orang yang ingin menghafal al-quran, MESTI mempunyai al-quran miliknya sendiri supaya menjadi mudah.
-Memperdengarkan bacaan kepada orang yang mahir dalam hukum tajwid.
-Waktu yang terbaik untuk kita menghafal adalah selepas subuh. Kalau kita selesa diwaktu lain, tidak menjadi masalah.
-Meminimakan apa yang dihafal. Saya cadangkan kita hafal 3 ayat sehari. Kalau dua hari, dah jadi 6, bila dah tiga hari, dah jadi 9, tak ke banyak tu? Jangan rasa 3 ayat tu sedikit. Kalau anda mampu lima, silakan. Tapi, saya hanya mampu 3 ayat sahaja.
-Membaca hafalan di setiap kali solat wajib atau solat sunat atau kedua-duanya sekali. Dan selepas solat isyak, baca seluruhnya yang kita telah hafal pada hari tersebut.
-Muraja’ah, iaitu mengulangi hafalan kita supaya ia sentiasa diingati oleh kepala kita.
-Setelah Allah mengurniakan kepada kita hafalan sebanyak 1 juzuk daripada al-quran, ambillah selama seminggu untuk mengulanginya semula. (setiap hari ulang 2 juzuk)
-Setelah anda tamat mengulanginya selama seminggu, ulang pula ¼ daripada hafalan yang lain dan ditambah pula 3 ayat baru..
-Seterusnya ialah, meminimakan juga pemakanan, tidur, dan berbicara kosong. Kerana dengan makan banyak, hati kita akan jadi lemah, dan kita pula akan rasa mengantuk, seterusnya, hafazan pun susah nak masuk dan susah nak ingat..
-Berdoa. Ini adalah perkara yang paling penting. Kita berdoa mengharapkan supaya Allah memberikan kepada kita kekuatan dan ketabahan untuk kita menempuh ayat-ayat-Nya. Kita mesti berdoa juga supaya Allah memberikan kefahaman dan sensitiviti kepada hati kita daripada ancaman dan juga dengan apa yang diberitakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-quran.
 Inilah sekadar perkongsian daripada diri saya yang bergelar orang baru untuk menghafal al-quran. Sabda Rasulullah S.A.W.: ‘Sampaikanlah tentangku walaupun satu ayat….’

Thursday, 8 March 2012

Cara untuk memperolehi cinta manusia



عن أبي العبَّاسِ سَهْلِ بنِ سَعْدٍ الساعديِّ رَضِي اللهُ عَنْهُ قالَ: (جاءَ رَجُلٌ إلى النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقالَ: يا رسولَ اللهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِيَ اللهُ وأَحبَّنِيَ النَّاسُ. فَقَالَ: { ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ }. حديثٌ حَسَنٌ رواهُ ابنُ ماجَه وغيرُهُ بأسانيدَ حَسنةٍ.
Penerangan hadis:                                               
1)        zuhud di dunia- yg merupakan metod untuk memperolehi cinta Allah.
2)        Zuhud di kalangan sesame manusia.- yg merupakan wasilah untuk memperolehi mawaddah dan penghormatan mereka.
Manusia tidak akan memperolehi kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun akhirat selagi mana ia masih lagi belum mengecapi cinta dan kasih Allah.
Buah penerokaan:
1)        Makna Zuhud:
*Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu idris Al-Khaulani R.A:
‘Zuhud di dunia itu bukanlah kamu mengharamkan yang halal dan bukan juga membuang harta benda. Tetapi, kamu mesti menjadikan apa yang ada pada Allah, lebih diyakini berbanding apa yang ada pada kamu. Apabila kamu ditimpa musibah, kamu telah pun kuat pergantungan kepada Allah’ Dengan ini, dapatlah kita bahagikan zuhud itu kepada tiga bahagian yang mana merupakan amalan hati serta bukan amalan anggota. Abu Sufyan berkata: ‘tidak ada seorang pun boleh lihat keadaan zuhud itu kerana zuhud itu berlaku di dalam hati’
>Hendaklah kita yakin dengan apa yang akan ditetapkan Allah melebihi dengan apa yang ditetapkan oleh diri kita sendiri. Contoh yang boleh dikaitkan adalah dengan ketetapan Allah berkaitan dengan rezekiNya.

قال الله تعالى: ﴿وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا﴾ هود:6
Maksudnya: ‘dan tidak ada satu pun makhluk bergerak di bumi, melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya’

>Hendaklah seseorang yang menimpa musibah di dunia seperti kehilangan harta, anak, tidak hilang dalam keinginan dalam dirinya untuk mengejar kebaikan,malah bertambah. Ini juga menunjukkan bahawa dia telah yakin dengan kehendak Allah. Ibnu umar meriwayatkan daripada Rasulullah S.a.w bahawa baginda S.a.w. berdoa:
اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول بيننا وبين معاصيك، ومن طاعتك ما تبلغنا به جنتك،
ومن اليقين ما تهوّن علينا مصائب الدنيا
>Hendaklah kita menyamakan orang yang baik dan jahat dengan cara yang betul. Ibnu Mas’ud berkata: Keyakinan itu ialah kamu tidak redho dengan apa yang dilakukan oleh manusia jika Allah memurkanya. Dalam kitab tafsir: Orang yang zuhud, apabila dia menilai manusia, dia akan berkata, Si fulan itu adalah lebih baik daripada aku.( katanya itu memang keluar daripada mulut dan hatinya, serta ia berkata dengan hasratnya sendiri, bukan dipaksa)
Wahab bin Al-Ward Rahimahullah berkata; Zuhud di dunia ialah, kamu tidak kecewa dengan kemusnahannya, dan kamu tidak gembira dengan apa yang dibentangakan kepada kamu.
Sufyan bin ‘uyainah: zuhud di dunia ialah apabila diberikan sesuatu, ia bersyukur, jika diuji ia bersabar.

2)        Bahagian Zuhud:
•          Zuhud dalam Syirik
•          Zuhud di dalam semua perkara haram  daripada maksiat.
•          Zuhud di dalam perkara yang halal.
              Ibn Mubarak berkata:
•          Ikhlaskan amal dan perlakuan kerana Allah, dan tidak mengharapkan apa-apa gajaran dunia.
•          Meninggalkan yang buruk dan beramal yang sebaliknya.
•          Berzuhud dengan perkara yang dihalalkan, (maklum)
3)        Mengamal dengan sifat zuhud
•          Mempersiapkan diri untuk akhirat
•          Menyedari bahwa kelazatan dunia akan melalaikan hati daripada mengingati Allah,

﴿ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾ التكاثر:8
•          Menyedari bahwa dunia ini adalah tempat laknat. Sepertiman yang disebut dalam hadis Rasulullah S.a.w: ‘Dunia ini adalah laknat, melainkan orang yang mencari redho Allah.
4)        Bagaimana untuk kita memperolehi cinta Allah?
•          Sebagaimana yang kita telah selami, di antara cara ataupun metod untuk kita capai cinta Allah adalah dengan bersifat zuhud kepada dunia serta menghapuskan rasa cinta kepadanya sebagaimana disabdakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w: ‘cinta kepada dunia itu merupakan kepala daripada seluruh kesalahan’ Bagaimana? Kerana semua perkara buruk yang kita lakukan adalah berpunca daripada cinta kepada dunia. Tanpa cinta kepada dunia, kita tidak akan sesekali melakukan perkara yang melalaikan.
5)        Bagaimana untuk kita mencapai cinta manusia?
•          Hadis di atas telah pun menyatakan bagaimana untuk kita mencapai kasih sayang daripada manusia iaitu dengan berzuhud sesame mereka kerana, apabila kita melakukan suatu perkara yang menyukai mereka, maka mereka juga akan mengasihi kita.
6)        Kezuhudan Rasulullah dan para sahabat
•          Nabi S.a.w: hidup dalam keadaan zuhud sepanjang hidupnya. Walaupun berada dalam keadaan senang dan susah, baginda tetap mengamalkan sifat zuhud. Baginda selalu mengharapkan akhirat, serta selalu bertekun dalam ibadah. Pada suatu ketika Ibn Umar mendengar seorang lelaki berkata: ‘di manakah orang-orang yang berzuhud dengan dunia serta hanya mengharapkan kehidupan akhirat? Lalu beliau telah memperlihatkan kepada lelaki tadi kubur Nabi S.a.w., Abu Bakar, dan Umar. Kemudian dia berkata: ‘tentang mereka inikah yang kamu tanya?
Ibn Mas’ud berkata: kamu adalah orang yang paling banyak melakukan solat, puasa dan jihad berbanding para sahabat Nabi S.a.w., tetapi, mereka jauh lebih baik daripada kamu. Mereka bertanya: Bagaimana? Beliau menjawab: ‘mereka adalah orang yang jauh lebih zuhud daripada kamu di dunia dan merupakan orang yang lebih kuat keinginannya kepada kehidupan akhirat. Mereka telah memperoleh kehidupan dunia dengan harta yang halal tetapi mereka menggunakannya dalam keadaan hati mereka hampir kepada Allah serta mereka menginfakkannya dalam rangka untuk berkorban kepada Deen Allah dan meninggikan Kalimah Allah. Abu Sulaiman berkata: Saiduna Uthman dan Abdurrahman Bin ‘Auf R.A. merupakan bendahari Allah di buminya, mereka menginfak dalam ketaatan kepadaNya.





Thursday, 23 February 2012

Kepentingan Berdakwah



InsyaAllah, semakin lama, semakin ramai yang lupa dengan hakikat dakwah itu sendiri. Kalau kita perhatikan makna dakwah itu, mesti kita akan kata, ia adalah suatu ajakan kepada kebaikan. Memang tidak akan dapat dinafikan lagi bahawa, itulah maknanya. Tetapi, kalau kita selidik kepada makna dakwah islamiyah pula, kita juga mesti akan katakan bahawa, makna dakwah islamiyah itu adalah ajakan kepada islam. Mungkin ada sesetengah orang sudah memahami makna dakwah islamiyah ini, bahkan mereka telah memahaminya dalam aspek yang mendalam atau dengan kata yang lain, mereka memahaminya dengan apa yang tersirat disebalik makna ini. Fahaman seperti mereka inilah yang diharap para pembaca sekalian dapat mengecapinya. InsyaAllah.
    Untuk menerangkan makna dakwah ini, saya akan mulakan dengan penerangan makna dakwah itu sendiri, kemudiannya dakwah islamiyah.
Dakwah dari segi bahasa ialah; meminta untuk hadir ataupun galakan seseorang kepada seseorang yang lain untuk datang kepada sesuatu. Makna yang lebih jelas dan berkaitan adalah, menyampaikan sesuatu kepada manusia.
Manakala dakwah islamiyah pula ialah, ilmu yang berkaitan dengan cara-cara yang mampu untuk kita capai dengannya beberapa perkara. Ingat, beberapa perkara ini perlu untuk kita kecapi dahulu supaya dapat dibuktikan bahawa, ia merupakan dakwah islamiyah. Perkara-perkara tersebut ialah;
1)    Menyampaikan fahaman islam kepada manusia.
2)    Mengajarkan apa yang terkandung dalam kitab Allah supaya dapat sucikan diri.
3)    Menggalakkan mereka mempraktikkan apa yang telah mereka perolehi daripada apa yang kita sampaikan kepada mereka.

3 Perkara di atas ini merupakan cebisan ayat al-quran dalam surah jumuah ayat:2.

Setelah berlaku 3 perkara ini, barulah kita namakan ia ‘permulaan dakwah’. Para pembaca sekalian, di sini, saya ingin memohon kepada anda semua dan juga insan yang mempunyai titisan iman di dalam dada, untuk kita rasai kepentingan menyampaikan dakwah kepada saudara-saudara kita yang tidak mempunyai titisan iman seperti yang kita rasai. Kita berdakwah bukanlah sekadar menyampaikan kefahaman islam sahaja. Malahan, kita dikehendaki untuk menyampaikan dakwah supaya timbulnya iman dalam diri orang yang didakwah itu. Kita perlu rasai betapa rosaknya manusia pada era kini. Saya ingin melontarkan beberapa persoalan kepada para pembaca sekalian. Adakah kita akan menangis jika ahli keluarga kita ditimpa kemalangan? Adakah kita akan mengangis jika ahli keluarga kita meninggal? Saya yakin, mesti kita akan menghadapi dengan kesedihan dan penderitaan meskipun ia ujian daripada Allah Taala. Tetapi, adakah kita akan menangis jika kita melihat umat islam telah rosak dan hancur? Adakah tanggungjawab untuk memperbaiki diri mereka hadir di hati kita? Sedarlah wahai sahabat-sahabat sekalian, umat sekarang ini benar-benar berada di ambang kerosakan yang nyata. Mereka seolah-olah tidak mengenal apa itu islam atau dengan kata yang lain, mereka tidak menjadikan islam itu sebagai jalan kehidupan. Ingatlah, ketikamana kita berada dalam kesesatan, maka islamlah pengubatnya. Islam yang bagaimana? Ketahuilah bahawa islam yang dimaksudkan ialah islam yang mengenal hakikat dakwah. Bilamana kita faham erti dakwah, insyaAllah, kita akan jadikan islam itu sebagai pegangan hidup kita. Di akhir kalimah, saya ingin berkongsi kata-kata seorang ulama; ‘..tegakkanlah islam dalam dirimu, maka akan tertegaklah islam dalam negara kamu…’

Tuesday, 14 February 2012

3 persoalan asas sebelum menyampaikan apa jua berita


3 Soalan Asas Sebelum Menyebarkan Hadith Nabi SAW





Ramai manusia suka menyebarkan hadith-hadith Nabi SAW dalam internet terutamanya Facebook. Mereka berniat baik atas alasan sabda Nabi SAW:


بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً  



"sampaikan dariku walau satu ayat". 

Tetapi mereka lupa lafaz penuh hadith berkenaan berbunyi:



بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ ، وَلاَ حَرَجَ ، وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ 



"sampaikan dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari kisah-kisah Bani Isra'il dan itu tidak mengapa (iaitu tidak berdosa walaupun ia tidak sahih dengan syarat memberitahu ia kisah Bani Israil dan bukan hadith). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". 

Jangan baca hadith sekerat saja, tetapi bacalah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa hadith yang sama ini padanya galakan dan ancaman, bahagian pertama hadith berbunyi "بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً - sampaikan dariku walau satu ayat" adalah galakan manakala ia diringi dengan ancaman pada bahagian akhir hadith berbunyi: "وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ - dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja (iaitu menyebarkan hadith Nabi tanpa memastikan ia sahih terlebih dahulu) maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka". 

Oleh itu sebelum anda ingin beramal dengan galakan menyebarkan hadith Nabi SAW itu, jangan lupa ancamannya, tanya dulu diri anda sekurang-kurangnya 3 perkara: 1 - benarkah ia hadith?, 2 - riwayat siapa? , 3- sahihkah ia?. Apabila telah terjawab kesemua 3 soalan asas ini, maka silakanlah menyebarkan hadith itu, jika tidak maka usahlah sebarkan walaupun ayatnya nampak baik dan mampu memberi suntikan jiwa. Kerana tiada lagi yang baik apabila anda telah berdusta kepada Baginda Nabi SAW. 


Dipetik daripada: http://ansarul-hadis.blogspot.com/
Terkesan baca post ni. Mungkin ilmu yg kita dapat selama ini adalah pembohongan dan jauh daripada Redho Allah. NA'UZUBILLAHI MINASYAITHONIRRAJIIM... Ya Allah, redhoilah ilmu aku. Dari segi aspek berita pun kita kena teliti juga bahawa, benarkah ianya terjadi?, siapakah penyampainya?, dan juga sebagainya. MasyaAllah, indahnya islam...

Sunday, 12 February 2012

Nasyid Revolusi Syria: ما منحبك


Hayatilah Nasyid ini. Nasyid revolusi Syria. Maaf sebab bahasa arab. Tetapi tidak menjadi masalah, sebab videonya sedikit sebanyak telah menerangkan liriknya 
Tajuknya ialah: Ya Basyar Maminhibbak
Wakai Bashar, tiada sipa yang sukakan kamu


كلمات أغنية ما منحبك

ما منحبك ما منحبك     ارحل عنّا انت وحزبك
يابشار ما منحبك        يا جزار ما منحبك
     لا لا ما منحبك
بيكفي بيكفي يا بشار    عم بتقطع كالمنشار
من القامشلي لحوران    الشعب بيغلي متل النار

وكله بيقول ما منحبك
ما منحبك ما منحبك     ارحل عنّا انت وحزبك
يابشار ما منحبك        يا جزار ما منحبك
       لا لا ما منحبك

سلمية والله سلمية       سنيّة نحنا وعلوية
سلمية والله سلمية       درزية نحنا ومسيحية
سلمية والله سلمية       عربية نحنا وكردية

كلنا كلنا ما منحبك     ما منحبك ما منحبك
يابشار ما منحبك        يا جزار ما منحبك
       لا لا ما منحبك

عامل حالك أشفى طبيب       ما بترضى قتل وتخريب
ما بترضى جوع الأطفال     همك تأمين الحليب
يا قاتل حمزة الخطيب             أمرك والله عجيب
ما فكرت بطفلك مرة          كل بالك موت وتعذيب

وكله بيقول ما منحبك
ما منحبك ما منحبك     ارحل عنّا انت وحزبك
يابشار ما منحبك        يا جزار ما منحبك
  لا لا ما منحبك



Saturday, 11 February 2012

Wanita Syria dirogol! Kejam!


sebahagian daripada revolusi


    Telah kita sedia maklum bahawa, hari demi hari, penderitaan abang, adik dan kakak kita di Syria makin melampau dan mencabar hati kita jika kita adalah seorang yang inkuiri terhadap mereka. Pembunuhan dan penyeksaan menjadi satu kemestian terhadap rakyat Syria yang diperlakukan oleh kerajaan Syria di bawah pimpinan Basyar Asad laknatullah. Perkara ini amat menuntut kita  di seluruh dunia yang terdiri daripada ulama, ahli fikir, saintis, doctor, media-media yang benar serta seluruh individu yang mempunyai jasad yang bernama muslim seperti mereka untuk mencelik dengan apa sebenarnya sudah berlaku di sana. Sabda Rasulullah S.a.w:

روى مسلم في صحيحه عَن النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رضي الله عنه قال: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُونَ 
كَرَجُلٍ وَاحِدٍ، إِنْ اشْتَكَى عَيْنُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ، وَإِنْ اشْتَكَى رَأْسُهُ اشْتَكَى كُلُّهُ.

Maksudnya:’Seluruh orang muslim itu adalah seperti seorang lelaki yang mempunyai jasad yang satu. Jika ia menderita sakit mata, maka menderitalah seluruh badannya. Jika ia menderita sakit kepala, maka sakitlah seluruh badannya’

    Penderitaan, jeritan, kesedihan, serta kempen pembunuhan beramai-ramai, sedang mengharungi rakyat Syria sekarang ini. Pembunuhan berlaku di setiap tempat sehingga diaggap tiada pengecualian pun daripada pembunuhan. Maknanya, dianggap seluruh tempat sedang berlaku pembunuhan, disebabkan banyak sangat yang berlaku! Darah suci saudara-mara kita telah mengalir dengan banyak, luka dahsyat yang tidak pernah dilihat, kecacatan anggota, semua ini berlaku terhadap saudara-mara kita di Syria. Saya ingin mengongsikan sedikit daripada beberapa fakta yang didapati daripada beberapa sumber terhadap kerajaan mereka yang kejam ini:

1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat Syria. Ini begitu kejam.

2) 39000 orang Syria telah cedera. Mereka TIDAK dirawat dan dibiarkan sahaja.

3) Bunuh 19 orang doktor Syria di hospital dan 40 orang pesakit Syria di hospital.

4) 9000 tahanan ditahan.

5) 413 orang telah syahid di dalam penjara.

6) Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita-wanita ini DIROGOL di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni. Beliau telah ditangkap dan dia mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!

8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. MasyaAllah, begitu sesat sekali!

    Di sini, saya ingin berkongsi sedikit luahan rakyat-rakyat Syria yang menderita: ‘..di manakah pembebas di dunia ini? Di mankah manusia yang menegakkan Deen Allah? Di manakah kamu wahai orang-orang arab? Di manakah kamu wahai orang-orang muslimin? Kami mahukan kalian menjadi seperti ambulans. Bila orang islam meminta pertolongan, kalian akan terus bergegas menyelamatkan kami..’ Itulah jeritan mereka yang menyeru kita sebagai orang yang seakidah dengan mereka supaya kita membantu mereka. Kita kena ambil berat bahawa, mereka itu adalah saudara kita. Memang kita pernah dengar kata-kata ini. Tapi, untuk kali ini, marilah sama-sama kita menganggap seruan mereka ini adalah seprti seruan keluarga kita yang memerlukan pertolongan. Anggaplah ibu bapa kita yang menyeru kita seperti itu, anggaplah abang-abang kita yang menjerit, anggaplah kakak-kakak dan adik-adik kita diperlakukan sedemikian. Apakah yang anda akan rasa? Saya yakin, anda akan bersungguh-sungguh untuk menentang mereka. Jadi, perasaan yang sedemikianlah yang perlu kita rasai dan hayati serta bergerak dan bertindak untuk menegakkan kebenaran yang hakiki. Akhir sekali, saya ingin menyampaikan sabda Nabi Muhammad S.a.w:

روى أبو داود عن جَابِر بْن عَبْدِ اللَّهِ وَأَبي طَلْحَةَ بْن سَهْلٍ الأنْصَارِيَّ قالا: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ امْرِئٍ يَخْذُلُ امْرَأً مُسْلِمًا فِي مَوْضِعٍ تُنْتَهَكُ فِيهِ حُرْمَتُهُ وَيُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ، إِلا خَذَلَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ فِيهِ نُصْرَتَهُ. وَمَا مِنْ امْرِئٍ يَنْصُرُ مُسْلِمًا فِي مَوْضِعٍ يُنْتَقَصُ فِيهِ مِنْ عِرْضِهِ وَيُنْتَهَكُ فِيهِ مِنْ حُرْمَتِهِ، إِلا نَصَرَهُ اللَّهُ فِي مَوْطِنٍ يُحِبُّ نُصْرَتَهُ

Maksudnya:'Tidaklah seseorang menghinakan seorang Muslim pada suatu sisi yang (biasanya) menjadi sasaran direndahkannya kehormatannya dan dicelanya harga dirinya, melainkan Allah akan menghinakannya pada suatu tempat yang dia menginginkan pertolonganNya. Dan tidaklah seseorang menolong seorang Muslim pada suatu sisi yang harga dirinya dicela dan kehormatannya direndahkan, melainkan Allah akan menolongnya pada tempat yang dia menginginkan pertolonganNya'." (Dhaif: Diriwayatkan oleh Ahmad 4/30; al-Bukhari at-Tarikh 1/347; Abu Dawud, Kitab al-Adab, Bab Man Radda an Muslim Ghibatan, 2/687, no. 4884; ath-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Ausath, no. 8637; Abu Nu'aim dalam al-Hilyah 8/189; dan al-Baihaqi dalam asy-Syu'ab, no. 7632: dari jalur al-Laits bin Sa'ad, Yahya bin Sulaim bin Zaid telah mence-ritakan kepadaku, dia mendengar Ismail bin Basyir, saya mendengar Jabir bin Abdullah dan Abu Thalhah al-Anshari dengan hadits tersebut)

    Sekian ini sahaja yang mampu untuk saya coretkan. Saya memohon supaya kita menghulurkan doa serta bantuan kepada mereka kerana ini adalah tuntutan Nabi S.a.w. dalam mafhum hadisnya:

‏أطعموا الجائع وعودوا المريض وفكوا ‏ ‏العاني ‏

Maksudnya: ‘..berilah makan kepada orang yang lapar, dan ziarahilah orang yang sakit serta bantulah orang yang memerlukan pertolongan..’

Hadis ini berada di tahap hadis marfu’. Marfu’ ialah, sandaran sanadnya sampai kepada Rasulullah.

    Beberapa kepingan gambar saudara-mara kita di Syria yang menggerakkan hati kita untuk menadah tangan serta berdoa. Pandanglah dengan mata keimanan.

Sedih melihat adik ini

Korban di Lattakia, Syiria pada 28-1-2012. Bayi ini terbunuh bersama 3 bayi yang lain. Mereka sengaja ditembak oleh samseng Bashar Al-Asad dengan memanjat bumbung rumah ibu bapa mereka dan melepaskan tembakan ke arah bayi-bayi ini.

Para Syuhada yang dijanjikan syurga
saya tidak boleh bayangkan jika mayat ini adalah ayah saya
Apakah dosa budak kecil ini?
Sebahagian daripada Athfal As-yuhada'.(kanak-kanak syahid)
Syurga telah menanti adik ini.

Friday, 10 February 2012

Jom Belajar Sejarah!


Gambar Hiasan

    InsyaAllah. Untuk kali ini, saya ingin mengupaskan berkaitan dengan maksud sejarah itu sendiri. Ramai yang faham bahawa sejarah itu berkait rapat dengan masa dan peristiwa, tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa, sejarah itu bukan hanya terbatas pada dua perkara ini. Sebaliknya kita harus meneroka, apakah yang terdapat disebalik peristiwa itu? Jika seseorang itu mengenali sejarah dengan mengambil berat tentang masa, tarikh, peristiwa tanpa menyelidik apa yang ada disebaliknya, maka ia bukanlah pengkaji sejarah.
    Sejarah dari segi bahasa: Mengetahui masa dan tarikh. (Al-Jauhari-1/418)
    Dari segi istilah pula, sebenarnya ulama-ulama islam sendiri berselisih pendapat untuk menetapkan erti sejarah itu sendiri. Pada kurun ketiga, para sejarawan telah pun menulis buku-buku tentang sejarah islam, tetapi mereka tidak memperjelaskan dengan lebih terperinci maksud sejarah itu. Sebaliknya, mereka hanya sekadar mengarang dari aspek matlamat sejarah, faedah-faedah dalam mempelajari sejarah. Sebenarnya, ini pun sudah cukup untuk seseorang memahami sejarah.
    Sejarah dari segi istilah: Sejarah itu bukanlah peristiwa, akan tetapi, ia merupakan tafsiran daripada peristiwa itu. (Ustaz Sayyid Qutb/fikrah wa manhaj-37).
Matlamat mempelajari sejarah
    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, kita perlulah melonjakkan diri kita untuk mempelajari ilmu sejarah. Kenapa? Ia adalah salah satu cabang daripada ilmu-ilmu penting yang bergelimpangan di dunia ini. Para ulama yang menulis tentang sejarah telah menganggap bahawa, ia merupakan salah satu ilmu yang boleh menyumbang dalam memahami Syariah Islamiyah, samada dari aspek tafsir nas al-quran mahupun mengenali ilmu periwayatan ataupun yang penting sekali, mengetahui tentang sejarah Nabi Muhammad S.a.w. serta para Sahabat R.A. Tidak lupa juga, ia dapat mengetahui juga tentang imam-mam besar dari kalangan para Tabi’in dan banyak lagi. Sebenarnya, dalam mengkaji sejarah ini, ia tidaklah terbatas untuk memahami sejarah islam sahaja, tidak. Sebenarnya, ia juga mampu menggapai pemahaman kepada yang lain daripada islam walaupun melalui sejarah islam bahkan, ia akan menjadi lebih bermanfaat.
Faedah pembelajaran sejarah
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa, pembelajaran sejarah merupakan satu pembelajaran yang dapat mengisi sesuatu ruang yang masih kosong. Saya ingin kemukakan contoh kepada kalian, bagaimanakah ilmu sejarah ini boleh dikatakan di antara salah satu ilmu yang amat penting. Mari kita bayangkan. Jika kita memasak masakan seperti kari, nasi goreng atau sebagainya, adakah kita memerlukan garam? Jawapannya, sudah tentu kita amat memerlukannya bukan? Jadi, garam itu menjadi aspek yang utama dalam memberikan manfaat yang besar kepada sesuatu masakan. Begitu juga jika kita bandingkan dengan sejarah. Ia juga adalah satu aspek yang penting dalam mempelajari sesuatu ilmu seperti Syariah Islamiyah. Malahan juga, dalam kalangan orang Eropah, mereka menganggap bahawa, ilmu sejarah merupakan ilmu yang terlalu agung bagi mereka. Mereka telah meletakkannya pada kedudukan yang amat tinggi. Mereka juga memandang ilmu sejarah ini sebagai ilmu yang positif kerana bagi mereka, ia dapat menafsirkan dan menjelaskan tentang kemunculan manusia dan alam semula jadi. Itu adalah di antara kelebihan sejarah yang mereka fahami. Tetapi, bagi kita sebagai Muslim, kita hendaklah menjadikannya lebih daripada itu. Ini kerana, Allah telah menjadikan islam itu satu kedudukan yang istimewa dalam dunia ini. Sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi S.a.w:
الإسلام يعلو ولا يعلى
Maksudnya: Islam itu adalah tinggi dan tidak ada yang tertinggi daripadanya
(Hadis yang dikeluarkan oleh At-Thobroni dalam Al-Ausoth dan Al-Baihaqi).
     Saya tidak akan menerangkan kepada kalian faedah-faedah sejarah itu sendiri. Sebaliknya, saya akan menerangkan, apakah jenis faedah yang dituntut untuk kalian mengecapinya.
    Sebenarnya, faedahnya terlalu banyak tetapi, saya ingin kemukakan faedah yang terlalu penting sahaja yang sangat ditekankan oleh kebanyakan pakar sejarah islam. Mereka menggalakkan kepada kita supaya mencari faedah-faedah yang Tarbawi. Bagaimana? Di dalam islam, kita mempunyai sejarah kita yang tersendiri seperti, mempelajari sejarah umat-umat yang terdahulu serta meneroka keadaan mereka, dan juga mengambil pelajaran tentang keadaan dan nasib mereka sebagaimana Allah telah memerintah nabi kita Muhammad S.a.w. supaya menuruti jejak langkah rasul-rasul terdahulu. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-An’am: 90.
أولئك الذين هدى الله فبهداهم اقتده))
Maksudnya: ‘..mereka itulah(para nabi) yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka ikutilah petunjuk mereka’
    Sekadar inilah ulasan faedah yang mampu saya ulaskan. Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, saya ingin menggalakkan kepada para pembaca sekalian beberapa perkara yang telah digalakkan oleh para ulama iaitu, kita hendaklah mengetahui mercu tanda dalam mempelajari sejarah kemanusiaan. Antaranya, mengetahui sejarah para nabi terlebih dahulu daripada sejarah insan lain. Kenapa?  Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah, tanpa kita sedari, sebenarnya sejarah para nabi itu sebenarnya merupakan jalan asas dalam mempelajari sejarah kemanusiaan semenjak Allah menciptakan nabi kita yang pertama lagi iaitu, Nabi Adam A.s. Perkara yang kedua ialah, mengetahui sirah Nabi Muhammad S.a.w. Saya yakin, ramai yang mengetahui tentang sirah Nabi Muhammad S.a.w. Tetapi, seramai mana yang telah menghayatinya? Seterusnya, kita hendaklah menyelidik juga sejarah para Khulafa’ Ar-Rasyidun kerana mereka adalah orang yang paling hampir dan mengenali tentang Rasulullah S.a.w. sehingga Rasulullah mengatakan mereka ini adalah umat manusia yang terbaik sesudah baginda S.a.w. Para ulama adalah pewaris para nabi. Jadi, kita juga tidak dikecualikan untuk membaca dan mengenali tentang mereka ataupun sejarah kejayaan mereka kerana mereka pun memilki peribadi yang baik sesudah mereka yang telah saya sebutkan sebentar tadi. Yang terakhirnya, kita mesti mengetahui apa-apa pun sejarah yang berkaitan dengan islam. Tidak menjadi kesalahan jika kalian ingin membaca, mengkaji dan menghayati sejarah Amerika, Rusia, China, Israel dan Serbia. Ini adalah kerana setiap negara, bangsa dan tamadun mempunyai keistimewaan, keunikan dan iktibarnya yang tersendiri. Lagipun pembacaan sejarah yang meluas dan pelbagai menjadikan skop minda bertambah luas dan terbuka. Sejarah boleh membantu meningkatkan kemahiran menganalisis, membanding, meramal dan membuat kesimpulan. Lebih jauh dari itu, sejarah juga boleh membantu meningkatkan kemahiran menggunakan logik dan kreativiti, meninggikan daya intelek dan ketajaman fikiran individu. Jadi, kita kena ingat bahawa, perkara yang telah saya lampirkan di atas bukanlah menjadi satu kewajipan kepada kita untuk menjejak. Sebaliknya, kalian mesti jelas bahawa, ini adalah salah satu cadangan yang diberikan dan digalakkan oleh pakar-pakar sejarah islam. Wallahua’lam.
Powered By Blogger