InsyaAllah, sejak
sekian lama saya meninggalkan blog ini, dengan kesempatan yang ada, saya ingin
bicarakan kepada sahabat-sahabat sekalian berkaitan dengan negara yang kita
sayangi, negara yang ditindas rakyatnya hanya kerana ingin menegakkan kebenaran,
dan ia juga merupakan salah satu negara munculnya para anbiya’ yang bersusah
payah memperjuangkan dakwah mereka. Itulah Syria atau lebih dikenali
sebagai Syam dikalangan masyarakat arab.
Di sini saya akan
bawakan kepada sahabat-sahabat sekalian berkaitan dengan pengkajian para ulama
tentang, bagaimana negara yang berkah ini dinamakan.. serta siapakah yang
menamakannya…
Baru-baru ini, saya
telah mengkaji tentang negara Syria dalam kitab ‘Tarikh Dimascus Ibnu
Asakir’(sejarah Dimascus Ibnu Asakir’). Saya dapati, pengarang buku tersebut
menjelaskan tentang sejarah Dimascus satu persatu. Karangannya dalam kitab
tersebut amatlah panjang sehingga mencecah 80 jilid! Saya baru sempat mengkaji
jilid yang pertama sahaja dan insyaAllah akan menuruti jilid yang berikutnya.
Sebagaimana yang saya katakan tadi, saya akan menceritakan serba sedikit
tentang bagaimana penamaan atau penisbahan Syam itu boleh terjadi?
Sahabat-sahabat
sekalian, para ulama telah membahagikan kajian berdasarkan aqwal atau kata-kata
ulama yang mutawatir(kata-kata yang diriwayat dari ulama terdahulu tanpa
berlaku penambahan atau pengurangan)
tentang penamaan negara yang diberkati tersebut, antaranya:
*Abu Al-Jild mengatakan:”Farsakh(ukuran
yang hampir 3 batu) bumi ini adalah 24,000. Seribu Farsakh adalah untuk
negara-negara arab dan selebihnya adalah yang selainnya”
-Maknanya, negara Syam adalah termasuk dalam
seribu itu. Negara arab juga terdapat lebih daripada 10 negara. Ini bermakna,
negara arab adalah negara yang sangat meluas.
*Ibnu Al-Muqaffa’ pula
berkata: “Negara Syam telah dinamakan oleh Sam bin Nuh. Nama Syam dalam bahasa
Syria adalah ‘syam’ manakala dalam bahasa Ibrani pula disebut ‘Syim’
* Dikatakan bahawa: “ia
dinamakan Syam adalah kerana ia terletak di sebelah kiri bumi, dan Yaman pula
terletak di sebelah kanan bumi”
-kiri dalam bahasa arab adalah
Syimal
-bila diteliti di dalam peta,
kedudukan Yaman dan Syria adalah saling berjauhan, keduanya terletak dari
hujung ke hujung. Cuba depakan tangan anda dan bayangkan hujung jari kanan anda
adalah negara Yaman, dan hujung jari sebelah kiri anda adalah Syam ataupun
Syria. Anda akan dapati kedua-duanya akan berada di hujung. Di pertengahan
kedua negara ini pula terdapat juga negara arab yang lain seperti, Iraq,
Jordan, Palestin, Lubnan,Makkah dan sebagainya.
*Ka’ab berkata: “dinding
pertama yang terletak di muka bumi selepas Thufan adalah dinding Harran(sebuah
kampung di kepulauan menuju ke Mosul di Iraq, Syam, dan Rom pada ketika itu.
-ini menunjukkan bahawa, negara
Syam telah pun wujud sejak sekian lama.
* Daripada Yunus Ibnu Rasyid,
daripada Qasif, beliau mengatakan: “ketikamana Nuh mendarat bahteranya, maka
terbitnya matahari dari sebelah bukit Hismi(negeri di padang pasir Syam
berhampiran dengan Tabuk) yang telah menampakkan anak bukit Harran di antara
dua sungai(Jilab dan Disan) Lantas, beliau terus ke Harran dan menamakannya
Dimascus. Harran adalah bandar yang pertama dinamakan selepas Thufan, kemudian
barulah Dimascus”
*Mansur Bin Yahya Bi Sa’id
Al- Mausili berkata: “Bandar-bandar yang terawal ialah: Ka’bah, Mesir,
Dimascus, Algeria, Ubullah(sebuah negeri di Basrah), Ninawi(di Mosul), Harran
dan Sus( Morocco)
Inilah sekadar yang termampu
untuk saya perincikan kepada sahabat-sahabat sekalian berkaitan dengan penamaan
Syam itu sendiri. InsyaAllah, sejarahnya yang terkemudian, akan disiarkan pada
masa yang akan datang dengan izin Allah..
No comments:
Post a Comment