عن أبي
العبَّاسِ سَهْلِ بنِ سَعْدٍ الساعديِّ رَضِي اللهُ عَنْهُ قالَ: (جاءَ رَجُلٌ إلى
النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقالَ: يا رسولَ اللهِ، دُلَّنِي عَلَى
عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِيَ اللهُ وأَحبَّنِيَ النَّاسُ. فَقَالَ: { ازْهَدْ
فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ
}. حديثٌ حَسَنٌ رواهُ ابنُ ماجَه وغيرُهُ بأسانيدَ حَسنةٍ.
Penerangan hadis:
1) zuhud di dunia- yg merupakan metod untuk
memperolehi cinta Allah.
2) Zuhud di kalangan sesame manusia.- yg
merupakan wasilah untuk memperolehi mawaddah dan penghormatan mereka.
Manusia
tidak akan memperolehi kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun akhirat selagi
mana ia masih lagi belum mengecapi cinta dan kasih Allah.
Buah penerokaan:
1) Makna Zuhud:
*Imam Ahmad
meriwayatkan daripada Abu idris Al-Khaulani R.A:
‘Zuhud di
dunia itu bukanlah kamu mengharamkan yang halal dan bukan juga membuang harta
benda. Tetapi, kamu mesti menjadikan apa yang ada pada Allah, lebih diyakini berbanding
apa yang ada pada kamu. Apabila kamu ditimpa musibah, kamu telah pun kuat
pergantungan kepada Allah’ Dengan ini, dapatlah kita bahagikan zuhud itu kepada
tiga bahagian yang mana merupakan amalan hati serta bukan amalan anggota. Abu
Sufyan berkata: ‘tidak ada seorang pun boleh lihat keadaan zuhud itu kerana
zuhud itu berlaku di dalam hati’
>Hendaklah
kita yakin dengan apa yang akan ditetapkan Allah melebihi dengan apa yang
ditetapkan oleh diri kita sendiri. Contoh yang boleh dikaitkan adalah dengan
ketetapan Allah berkaitan dengan rezekiNya.
قال الله تعالى: ﴿وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي
الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا﴾ هود:6
Maksudnya:
‘dan tidak ada satu pun makhluk bergerak di bumi, melainkan semuanya dijamin
Allah rezekinya’
>Hendaklah
seseorang yang menimpa musibah di dunia seperti kehilangan harta, anak, tidak
hilang dalam keinginan dalam dirinya untuk mengejar kebaikan,malah bertambah.
Ini juga menunjukkan bahawa dia telah yakin dengan kehendak Allah. Ibnu umar
meriwayatkan daripada Rasulullah S.a.w bahawa baginda S.a.w. berdoa:
اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول بيننا
وبين معاصيك، ومن طاعتك ما تبلغنا به جنتك،
ومن اليقين ما تهوّن علينا مصائب الدنيا
>Hendaklah
kita menyamakan orang yang baik dan jahat dengan cara yang betul. Ibnu Mas’ud
berkata: Keyakinan itu ialah kamu tidak redho dengan apa yang dilakukan oleh
manusia jika Allah memurkanya. Dalam kitab tafsir: Orang yang zuhud, apabila
dia menilai manusia, dia akan berkata, Si fulan itu adalah lebih baik daripada
aku.( katanya itu memang keluar daripada mulut dan hatinya, serta ia berkata
dengan hasratnya sendiri, bukan dipaksa)
Wahab bin
Al-Ward Rahimahullah berkata; Zuhud di dunia ialah, kamu tidak kecewa dengan
kemusnahannya, dan kamu tidak gembira dengan apa yang dibentangakan kepada
kamu.
Sufyan bin
‘uyainah: zuhud di dunia ialah apabila diberikan sesuatu, ia bersyukur, jika
diuji ia bersabar.
2) Bahagian Zuhud:
• Zuhud dalam Syirik
• Zuhud di dalam semua perkara
haram daripada maksiat.
• Zuhud di dalam perkara yang halal.
Ibn Mubarak berkata:
• Ikhlaskan amal dan perlakuan kerana
Allah, dan tidak mengharapkan apa-apa gajaran dunia.
• Meninggalkan yang buruk dan beramal
yang sebaliknya.
• Berzuhud dengan perkara yang
dihalalkan, (maklum)
3) Mengamal dengan sifat zuhud
• Mempersiapkan diri untuk akhirat
• Menyedari bahwa kelazatan dunia akan
melalaikan hati daripada mengingati Allah,
﴿ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾
التكاثر:8
• Menyedari bahwa dunia ini adalah
tempat laknat. Sepertiman yang disebut dalam hadis Rasulullah S.a.w: ‘Dunia ini
adalah laknat, melainkan orang yang mencari redho Allah.
4) Bagaimana untuk kita memperolehi cinta
Allah?
• Sebagaimana yang kita telah selami, di
antara cara ataupun metod untuk kita capai cinta Allah adalah dengan bersifat
zuhud kepada dunia serta menghapuskan rasa cinta kepadanya sebagaimana
disabdakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w: ‘cinta kepada dunia itu
merupakan kepala daripada seluruh kesalahan’ Bagaimana? Kerana semua perkara buruk
yang kita lakukan adalah berpunca daripada cinta kepada dunia. Tanpa cinta
kepada dunia, kita tidak akan sesekali melakukan perkara yang melalaikan.
5) Bagaimana untuk kita mencapai cinta
manusia?
• Hadis di atas telah pun menyatakan
bagaimana untuk kita mencapai kasih sayang daripada manusia iaitu dengan
berzuhud sesame mereka kerana, apabila kita melakukan suatu perkara yang
menyukai mereka, maka mereka juga akan mengasihi kita.
6) Kezuhudan Rasulullah dan para sahabat
• Nabi S.a.w: hidup dalam keadaan zuhud
sepanjang hidupnya. Walaupun berada dalam keadaan senang dan susah, baginda
tetap mengamalkan sifat zuhud. Baginda selalu mengharapkan akhirat, serta
selalu bertekun dalam ibadah. Pada suatu ketika Ibn Umar mendengar seorang
lelaki berkata: ‘di manakah orang-orang yang berzuhud dengan dunia serta hanya
mengharapkan kehidupan akhirat? Lalu beliau telah memperlihatkan kepada lelaki
tadi kubur Nabi S.a.w., Abu Bakar, dan Umar. Kemudian dia berkata: ‘tentang
mereka inikah yang kamu tanya?
Ibn Mas’ud berkata:
kamu adalah orang yang paling banyak melakukan solat, puasa dan jihad
berbanding para sahabat Nabi S.a.w., tetapi, mereka jauh lebih baik daripada
kamu. Mereka bertanya: Bagaimana? Beliau menjawab: ‘mereka adalah orang yang
jauh lebih zuhud daripada kamu di dunia dan merupakan orang yang lebih kuat
keinginannya kepada kehidupan akhirat. Mereka telah memperoleh kehidupan dunia
dengan harta yang halal tetapi mereka menggunakannya dalam keadaan hati mereka
hampir kepada Allah serta mereka menginfakkannya dalam rangka untuk berkorban
kepada Deen Allah dan meninggikan Kalimah Allah. Abu Sulaiman berkata: Saiduna
Uthman dan Abdurrahman Bin ‘Auf R.A. merupakan bendahari Allah di buminya,
mereka menginfak dalam ketaatan kepadaNya.
No comments:
Post a Comment