Allah S.W.T. berfirman: ‘tidak aku ciptakan jin dan manusia
melainkan hanya untuk beribadah’ Hakikat hari ini, ramai yang tidak mengerti
apa itu makna ibadah itu dan lebih teruk lagi, terdapat juga sebahagian manusia
yang tidak mengenal langsung apa itu ibadah, apa itu solat. Bila kita telitikan
perbandingan agama kita dengan agma yang lain, kita akan dapati ianya amat jauh
sekali perbezaannya.
Jika kita berada dalam agama yang lainnya selain deen
islam,apabila kita hendak menunaikan suatu ibadah, ia memerlukan suatu yang
material. Pandangan kebanyakkan mereka yang mengambil selain islam jika melakukan
ibadah tanpa benda yang material maka ianya tidak sah. Kan susah tu! Material
yang dimaksudkan di sini ialah tuhan mereka ataupun patung sembahan mereka.
Dalam islam tidak memerlukan semua ini. Kita perlu tahu bahawa agama islam
adalah agama yang termudah. Apa buktinya? Dalam ungkapan seorang ulama: ‘dunia
ini adalah mihrab’ jadi, disebabkan dunia ini adalah mihrab, kat mana pun kita boleh
untuk melakukan ibadah kita. Masjid itu
juga kita tidak mampu untuk menafikan bahawa ia adalah suatu yang material dan
diperlukan oleh umat islam, tetapi, bilamana tiada masjid pun, adakah kita
tidak boleh melakukan solat? Tidak… tidak sesekali,’ dunia ini adalah mihrab’,
jadi, di mana pun kita ingin melakukan solat, ianya tidak menjadi masalah
tetapi, pastikan ianya bersih dan suci dari najis.
Kadang-kadang saya tertawa atas diri saya semasa saya
sekolah rendah dahulu, jika saya bersiar-siar di bandar, dan tibanya waktu
solat, saya mencari surau ataupun masjid, tetapi, saya tidak menemukannya.
Disebabkan saya tidak menjumpainya, saya tidak solat. Saya rasa pada ketika
itulah saya paling bodoh sekali. Kenapa? Dunia inikan mihrab..(tempat yang boleh
beribadah). Apabila saya terbang di timur tengah pula, barulah terpapar di
hadapan saya kemudahan dan luasnya cara beribadah dalam islam. Izinkan saya
berkongsi. Apabila saya bersia-siar di bandar, ramai orang arab yang mempunya
sejadah sendiri, samada di dalam kereta, mahupun pejalan kaki. Tibanya waktu
solat, mereka hanya menghamparkan sejadah, dan terus mengangkat
takbiratulihram. MasyaAllah, betapa mudahnya islam sehinggakan di tepi jalan
raya pun ada orang yang menunaikan solat.
No comments:
Post a Comment