Sunday 15 April 2012

Sujud Yang Termudah




Allah S.W.T. berfirman: ‘tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah’ Hakikat hari ini, ramai yang tidak mengerti apa itu makna ibadah itu dan lebih teruk lagi, terdapat juga sebahagian manusia yang tidak mengenal langsung apa itu ibadah, apa itu solat. Bila kita telitikan perbandingan agama kita dengan agma yang lain, kita akan dapati ianya amat jauh sekali perbezaannya.

Jika kita berada dalam agama yang lainnya selain deen islam,apabila kita hendak menunaikan suatu ibadah, ia memerlukan suatu yang material. Pandangan kebanyakkan mereka yang mengambil selain islam jika melakukan ibadah tanpa benda yang material maka ianya tidak sah. Kan susah tu! Material yang dimaksudkan di sini ialah tuhan mereka ataupun patung sembahan mereka. Dalam islam tidak memerlukan semua ini. Kita perlu tahu bahawa agama islam adalah agama yang termudah. Apa buktinya? Dalam ungkapan seorang ulama: ‘dunia ini adalah mihrab’ jadi, disebabkan dunia ini adalah mihrab, kat mana pun kita boleh untuk melakukan ibadah kita. Masjid  itu juga kita tidak mampu untuk menafikan bahawa ia adalah suatu yang material dan diperlukan oleh umat islam, tetapi, bilamana tiada masjid pun, adakah kita tidak boleh melakukan solat? Tidak… tidak sesekali,’ dunia ini adalah mihrab’, jadi, di mana pun kita ingin melakukan solat, ianya tidak menjadi masalah tetapi, pastikan ianya bersih dan suci dari najis.

Kadang-kadang saya tertawa atas diri saya semasa saya sekolah rendah dahulu, jika saya bersiar-siar di bandar, dan tibanya waktu solat, saya mencari surau ataupun masjid, tetapi, saya tidak menemukannya. Disebabkan saya tidak menjumpainya, saya tidak solat. Saya rasa pada ketika itulah saya paling bodoh sekali. Kenapa? Dunia inikan mihrab..(tempat yang boleh beribadah). Apabila saya terbang di timur tengah pula, barulah terpapar di hadapan saya kemudahan dan luasnya cara beribadah dalam islam. Izinkan saya berkongsi. Apabila saya bersia-siar di bandar, ramai orang arab yang mempunya sejadah sendiri, samada di dalam kereta, mahupun pejalan kaki. Tibanya waktu solat, mereka hanya menghamparkan sejadah, dan terus mengangkat takbiratulihram. MasyaAllah, betapa mudahnya islam sehinggakan di tepi jalan raya pun ada orang yang menunaikan solat.

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger