Friday 20 April 2012

RAHSIA AMALAN HIKMAH UNTUK MENJADI GENIUS DAN INGATAN FOTOGRAFI


Menjadi insan yang memiliki I.Q. genius dan ingatan fotografi adalah idaman kebanyakan manusia. Kita ikuti beberapa kisah insan genius di dalam lipatan sejarah :
  1. Antonio de Marco Magliebechi, warganegara Itali, dilahirkan pada 29 Oktober 1633. Beliau mampu menghafal sebuah buku dengan membacanya hanya sekali sahaja. Itupun dengan kelajuan yang luar biasa. Apabila diminta menulis kembali buku tersebut, beliau dapat menulis semula dengan selengkapnya tanpa tertinggal sepatah perkataan dan tanda bacaan pun. Dia juga telah menghafal kesemua buku yang terdapat di dalam perpustakaan Grand Duke of Tuscany.
  2. George Parker Bidder, warganegara England, dilahirkan pada 1806 juga dianugerahkan ingatan fotografi dan kebolehan mengira sepantas kelajuan komputer.
  3. Dario Donatelli, seorang pemuda di Amerika Syarikat yang mampu menghafal 73 digit tanpa melakukan kesilapan selepas 48 saat angka-angka itu dibacakan kepadanya. Angka-angka tersebut ialah 151859376550215784166585061120948856867727314181866105462974801294974965928. Akhirnya kemampuannya semakin meningkat dan dapat menghafal hampir 100 digit selepas dibacakan kepadanya.
  4. Sami-sami India mampu menghafal kitab Rig Veda yang mengandungi 10,550 ayat atau 153,826 patah perkataan. Kitab Rig Veda adalah salah satu dari 4 kitab Veda. Yang lebih menakjubkan ialah sebahagian daripada sami itu mampu menghafal keempat-empat kitab tersebut.
  5. Cardinal Mezzofani, dapat bertutur dalam 60 bahasa, kebanyakannnya bahasa itu dapat ditutur dengan fasih oleh beliau.
  6. Yogi Shao, seorang ahli Yoga yang tinggal di Bombay, mampu mengulang semula 1,000 ungkapan dari ingatannya dengan mendengarnya hanya sekali.
  7. Dan Mikels, warganegara Amerika Syarikat yang pernah mengajar di sebuah pusat pembelajaran cemerlang (Super Camp) mampu menghafal nama, alamat dan nombor telefon seluruh penduduk Los Angeles yang terdapat di dalam buku panduan telefon. Cuba bayangkan seorang yang mampu mengingati buku panduan telefon Wilayah Persekutuan dan Selangor dengan selengkapnya.
Anda juga tentu ingin menjadi seorang yang Super Pintar, Super Cerdas dan memiliki ingatan yang tidak akan lupa segala perkara yang telah dipelajari, dilihat, didengar dan dibaca. Untuk menjadikan idaman anda ini sebuah realiti, anda perlulah melakukan usaha-usaha yang berikut :
  1. USAHA - USAHA LAHIR
    Seperti menggunakan sepenuhnya potensi otak kanan dan kiri, mengasah hafalan, membangkitkan kekuatan terpendam di dalam diri, memupuk kekuatan konsentrasi, senaman, mengamalkan pemakanan untuk kecemerlangan otak, melazimkan amalan hidup untuk kepintaran, puasa dan lain-lain seperti yang dipaparkan di dalam buku panduan ini.
  2. USAHA - USAHA ROHANI
    Iaitu dengan melakukan salah satu atau keempat-empat amalan hikmah di bawah ini yang telah banyak berjasa dalam melahirkan cendiakawan dan ulama'-ulama' genius dan memiliki ingatan fotografi. Di samping itu mengamalkan doa-doa dan sebarang amalan penerang hati. Cuma syarat yang perlu benar-benar diperhatikan semasa melakukan usaha-usaha rohani ini ialah anda hendaklah yakin, bersungguh dan istiqamah mengamalkannya. Di samping itu hendaklah mematuhi adab-adab berdoa.

Sunday 15 April 2012

Sujud Yang Termudah




Allah S.W.T. berfirman: ‘tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan hanya untuk beribadah’ Hakikat hari ini, ramai yang tidak mengerti apa itu makna ibadah itu dan lebih teruk lagi, terdapat juga sebahagian manusia yang tidak mengenal langsung apa itu ibadah, apa itu solat. Bila kita telitikan perbandingan agama kita dengan agma yang lain, kita akan dapati ianya amat jauh sekali perbezaannya.

Jika kita berada dalam agama yang lainnya selain deen islam,apabila kita hendak menunaikan suatu ibadah, ia memerlukan suatu yang material. Pandangan kebanyakkan mereka yang mengambil selain islam jika melakukan ibadah tanpa benda yang material maka ianya tidak sah. Kan susah tu! Material yang dimaksudkan di sini ialah tuhan mereka ataupun patung sembahan mereka. Dalam islam tidak memerlukan semua ini. Kita perlu tahu bahawa agama islam adalah agama yang termudah. Apa buktinya? Dalam ungkapan seorang ulama: ‘dunia ini adalah mihrab’ jadi, disebabkan dunia ini adalah mihrab, kat mana pun kita boleh untuk melakukan ibadah kita. Masjid  itu juga kita tidak mampu untuk menafikan bahawa ia adalah suatu yang material dan diperlukan oleh umat islam, tetapi, bilamana tiada masjid pun, adakah kita tidak boleh melakukan solat? Tidak… tidak sesekali,’ dunia ini adalah mihrab’, jadi, di mana pun kita ingin melakukan solat, ianya tidak menjadi masalah tetapi, pastikan ianya bersih dan suci dari najis.

Kadang-kadang saya tertawa atas diri saya semasa saya sekolah rendah dahulu, jika saya bersiar-siar di bandar, dan tibanya waktu solat, saya mencari surau ataupun masjid, tetapi, saya tidak menemukannya. Disebabkan saya tidak menjumpainya, saya tidak solat. Saya rasa pada ketika itulah saya paling bodoh sekali. Kenapa? Dunia inikan mihrab..(tempat yang boleh beribadah). Apabila saya terbang di timur tengah pula, barulah terpapar di hadapan saya kemudahan dan luasnya cara beribadah dalam islam. Izinkan saya berkongsi. Apabila saya bersia-siar di bandar, ramai orang arab yang mempunya sejadah sendiri, samada di dalam kereta, mahupun pejalan kaki. Tibanya waktu solat, mereka hanya menghamparkan sejadah, dan terus mengangkat takbiratulihram. MasyaAllah, betapa mudahnya islam sehinggakan di tepi jalan raya pun ada orang yang menunaikan solat.
Powered By Blogger