Saturday 17 March 2012

Cara Membina Generasi Al-quran



Hafiz-hafiz al-quran dewasa kini amat ramai sekali untuk dihitung sekarang ni…MasyaAllah… Ini adalah satu kelebihan dan perkembangan islam itu sendiri. Jadi, sebagai seorang yang ‘alert’ kepada al-quran, terlintas di hati saya untuk berkongsi sedikit dengan sahabat sekalian berkaitan dengan kaedah menghafal al-quran walaupun saya ni, bukanlah seorang hafiz lagi. Tetapi, saya adalah orang yang mengejar untuk menjadi seorang hafiz al-quran yang diredhoi Allah, insyaAllah… Jadi, saya rasa masih sempat lagi untuk kita menjadi hafiz sama-sama insyaAllah.
 Sebelum kita menghafal al-quran, kawan-kawan mestilah mengosongkan niat kita bahawa, kita hafal adalah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah sahaja kena perbetul. Kenapa? Kerana ada juga hamba Allah yang hanya menghafal al-quran kerana hendakkan sijil semata-mata supaya namanya disebut-sebut berkaitan dengan lagu apa yang telah dia pelajari, berapa qiroat(cara bacaan)  yang dia telah hadham atau belajar, semua tu kita kena ikhlaskan niat kita. Cara menghafal al-quran yang ingin saya kongsikan merupakan cara yang paling ringan digunakan. Sya pasti, sahabat-sahabat akan mampu untuk mengikutnya..
 Sebelum kita menghafal al-quran, carilah dan peruntukkanlah… 15 minit dalam sehari khas untuk kita menghafal al-quran. Berikut adalah cara-cara untuk kita menghafal al-quran….
-Ikhlaskan niat kita hanya untuk Allah. Jangan sesekali berniat hanya untuk mendapat nama sahaja.
-Hafal al-quran dari satu cetakan sahaja. Jangan beza. Maknanya, setiap orang yang ingin menghafal al-quran, MESTI mempunyai al-quran miliknya sendiri supaya menjadi mudah.
-Memperdengarkan bacaan kepada orang yang mahir dalam hukum tajwid.
-Waktu yang terbaik untuk kita menghafal adalah selepas subuh. Kalau kita selesa diwaktu lain, tidak menjadi masalah.
-Meminimakan apa yang dihafal. Saya cadangkan kita hafal 3 ayat sehari. Kalau dua hari, dah jadi 6, bila dah tiga hari, dah jadi 9, tak ke banyak tu? Jangan rasa 3 ayat tu sedikit. Kalau anda mampu lima, silakan. Tapi, saya hanya mampu 3 ayat sahaja.
-Membaca hafalan di setiap kali solat wajib atau solat sunat atau kedua-duanya sekali. Dan selepas solat isyak, baca seluruhnya yang kita telah hafal pada hari tersebut.
-Muraja’ah, iaitu mengulangi hafalan kita supaya ia sentiasa diingati oleh kepala kita.
-Setelah Allah mengurniakan kepada kita hafalan sebanyak 1 juzuk daripada al-quran, ambillah selama seminggu untuk mengulanginya semula. (setiap hari ulang 2 juzuk)
-Setelah anda tamat mengulanginya selama seminggu, ulang pula ¼ daripada hafalan yang lain dan ditambah pula 3 ayat baru..
-Seterusnya ialah, meminimakan juga pemakanan, tidur, dan berbicara kosong. Kerana dengan makan banyak, hati kita akan jadi lemah, dan kita pula akan rasa mengantuk, seterusnya, hafazan pun susah nak masuk dan susah nak ingat..
-Berdoa. Ini adalah perkara yang paling penting. Kita berdoa mengharapkan supaya Allah memberikan kepada kita kekuatan dan ketabahan untuk kita menempuh ayat-ayat-Nya. Kita mesti berdoa juga supaya Allah memberikan kefahaman dan sensitiviti kepada hati kita daripada ancaman dan juga dengan apa yang diberitakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-quran.
 Inilah sekadar perkongsian daripada diri saya yang bergelar orang baru untuk menghafal al-quran. Sabda Rasulullah S.A.W.: ‘Sampaikanlah tentangku walaupun satu ayat….’

2 comments:

  1. berdoa dan miatalah dari allah,sesungguhnya allah yang berkuasa atas segalanya

    ReplyDelete

Powered By Blogger