Saturday 17 March 2012

Cara Membina Generasi Al-quran



Hafiz-hafiz al-quran dewasa kini amat ramai sekali untuk dihitung sekarang ni…MasyaAllah… Ini adalah satu kelebihan dan perkembangan islam itu sendiri. Jadi, sebagai seorang yang ‘alert’ kepada al-quran, terlintas di hati saya untuk berkongsi sedikit dengan sahabat sekalian berkaitan dengan kaedah menghafal al-quran walaupun saya ni, bukanlah seorang hafiz lagi. Tetapi, saya adalah orang yang mengejar untuk menjadi seorang hafiz al-quran yang diredhoi Allah, insyaAllah… Jadi, saya rasa masih sempat lagi untuk kita menjadi hafiz sama-sama insyaAllah.
 Sebelum kita menghafal al-quran, kawan-kawan mestilah mengosongkan niat kita bahawa, kita hafal adalah semata-mata untuk mencari keredhoan Allah sahaja kena perbetul. Kenapa? Kerana ada juga hamba Allah yang hanya menghafal al-quran kerana hendakkan sijil semata-mata supaya namanya disebut-sebut berkaitan dengan lagu apa yang telah dia pelajari, berapa qiroat(cara bacaan)  yang dia telah hadham atau belajar, semua tu kita kena ikhlaskan niat kita. Cara menghafal al-quran yang ingin saya kongsikan merupakan cara yang paling ringan digunakan. Sya pasti, sahabat-sahabat akan mampu untuk mengikutnya..
 Sebelum kita menghafal al-quran, carilah dan peruntukkanlah… 15 minit dalam sehari khas untuk kita menghafal al-quran. Berikut adalah cara-cara untuk kita menghafal al-quran….
-Ikhlaskan niat kita hanya untuk Allah. Jangan sesekali berniat hanya untuk mendapat nama sahaja.
-Hafal al-quran dari satu cetakan sahaja. Jangan beza. Maknanya, setiap orang yang ingin menghafal al-quran, MESTI mempunyai al-quran miliknya sendiri supaya menjadi mudah.
-Memperdengarkan bacaan kepada orang yang mahir dalam hukum tajwid.
-Waktu yang terbaik untuk kita menghafal adalah selepas subuh. Kalau kita selesa diwaktu lain, tidak menjadi masalah.
-Meminimakan apa yang dihafal. Saya cadangkan kita hafal 3 ayat sehari. Kalau dua hari, dah jadi 6, bila dah tiga hari, dah jadi 9, tak ke banyak tu? Jangan rasa 3 ayat tu sedikit. Kalau anda mampu lima, silakan. Tapi, saya hanya mampu 3 ayat sahaja.
-Membaca hafalan di setiap kali solat wajib atau solat sunat atau kedua-duanya sekali. Dan selepas solat isyak, baca seluruhnya yang kita telah hafal pada hari tersebut.
-Muraja’ah, iaitu mengulangi hafalan kita supaya ia sentiasa diingati oleh kepala kita.
-Setelah Allah mengurniakan kepada kita hafalan sebanyak 1 juzuk daripada al-quran, ambillah selama seminggu untuk mengulanginya semula. (setiap hari ulang 2 juzuk)
-Setelah anda tamat mengulanginya selama seminggu, ulang pula ¼ daripada hafalan yang lain dan ditambah pula 3 ayat baru..
-Seterusnya ialah, meminimakan juga pemakanan, tidur, dan berbicara kosong. Kerana dengan makan banyak, hati kita akan jadi lemah, dan kita pula akan rasa mengantuk, seterusnya, hafazan pun susah nak masuk dan susah nak ingat..
-Berdoa. Ini adalah perkara yang paling penting. Kita berdoa mengharapkan supaya Allah memberikan kepada kita kekuatan dan ketabahan untuk kita menempuh ayat-ayat-Nya. Kita mesti berdoa juga supaya Allah memberikan kefahaman dan sensitiviti kepada hati kita daripada ancaman dan juga dengan apa yang diberitakan oleh Allah S.W.T. di dalam al-quran.
 Inilah sekadar perkongsian daripada diri saya yang bergelar orang baru untuk menghafal al-quran. Sabda Rasulullah S.A.W.: ‘Sampaikanlah tentangku walaupun satu ayat….’

Thursday 8 March 2012

Cara untuk memperolehi cinta manusia



عن أبي العبَّاسِ سَهْلِ بنِ سَعْدٍ الساعديِّ رَضِي اللهُ عَنْهُ قالَ: (جاءَ رَجُلٌ إلى النَّبيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقالَ: يا رسولَ اللهِ، دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ إِذَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِيَ اللهُ وأَحبَّنِيَ النَّاسُ. فَقَالَ: { ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّكَ النَّاسُ }. حديثٌ حَسَنٌ رواهُ ابنُ ماجَه وغيرُهُ بأسانيدَ حَسنةٍ.
Penerangan hadis:                                               
1)        zuhud di dunia- yg merupakan metod untuk memperolehi cinta Allah.
2)        Zuhud di kalangan sesame manusia.- yg merupakan wasilah untuk memperolehi mawaddah dan penghormatan mereka.
Manusia tidak akan memperolehi kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun akhirat selagi mana ia masih lagi belum mengecapi cinta dan kasih Allah.
Buah penerokaan:
1)        Makna Zuhud:
*Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu idris Al-Khaulani R.A:
‘Zuhud di dunia itu bukanlah kamu mengharamkan yang halal dan bukan juga membuang harta benda. Tetapi, kamu mesti menjadikan apa yang ada pada Allah, lebih diyakini berbanding apa yang ada pada kamu. Apabila kamu ditimpa musibah, kamu telah pun kuat pergantungan kepada Allah’ Dengan ini, dapatlah kita bahagikan zuhud itu kepada tiga bahagian yang mana merupakan amalan hati serta bukan amalan anggota. Abu Sufyan berkata: ‘tidak ada seorang pun boleh lihat keadaan zuhud itu kerana zuhud itu berlaku di dalam hati’
>Hendaklah kita yakin dengan apa yang akan ditetapkan Allah melebihi dengan apa yang ditetapkan oleh diri kita sendiri. Contoh yang boleh dikaitkan adalah dengan ketetapan Allah berkaitan dengan rezekiNya.

قال الله تعالى: ﴿وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللّهِ رِزْقُهَا﴾ هود:6
Maksudnya: ‘dan tidak ada satu pun makhluk bergerak di bumi, melainkan semuanya dijamin Allah rezekinya’

>Hendaklah seseorang yang menimpa musibah di dunia seperti kehilangan harta, anak, tidak hilang dalam keinginan dalam dirinya untuk mengejar kebaikan,malah bertambah. Ini juga menunjukkan bahawa dia telah yakin dengan kehendak Allah. Ibnu umar meriwayatkan daripada Rasulullah S.a.w bahawa baginda S.a.w. berdoa:
اللهم اقسم لنا من خشيتك ما تحول بيننا وبين معاصيك، ومن طاعتك ما تبلغنا به جنتك،
ومن اليقين ما تهوّن علينا مصائب الدنيا
>Hendaklah kita menyamakan orang yang baik dan jahat dengan cara yang betul. Ibnu Mas’ud berkata: Keyakinan itu ialah kamu tidak redho dengan apa yang dilakukan oleh manusia jika Allah memurkanya. Dalam kitab tafsir: Orang yang zuhud, apabila dia menilai manusia, dia akan berkata, Si fulan itu adalah lebih baik daripada aku.( katanya itu memang keluar daripada mulut dan hatinya, serta ia berkata dengan hasratnya sendiri, bukan dipaksa)
Wahab bin Al-Ward Rahimahullah berkata; Zuhud di dunia ialah, kamu tidak kecewa dengan kemusnahannya, dan kamu tidak gembira dengan apa yang dibentangakan kepada kamu.
Sufyan bin ‘uyainah: zuhud di dunia ialah apabila diberikan sesuatu, ia bersyukur, jika diuji ia bersabar.

2)        Bahagian Zuhud:
•          Zuhud dalam Syirik
•          Zuhud di dalam semua perkara haram  daripada maksiat.
•          Zuhud di dalam perkara yang halal.
              Ibn Mubarak berkata:
•          Ikhlaskan amal dan perlakuan kerana Allah, dan tidak mengharapkan apa-apa gajaran dunia.
•          Meninggalkan yang buruk dan beramal yang sebaliknya.
•          Berzuhud dengan perkara yang dihalalkan, (maklum)
3)        Mengamal dengan sifat zuhud
•          Mempersiapkan diri untuk akhirat
•          Menyedari bahwa kelazatan dunia akan melalaikan hati daripada mengingati Allah,

﴿ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ﴾ التكاثر:8
•          Menyedari bahwa dunia ini adalah tempat laknat. Sepertiman yang disebut dalam hadis Rasulullah S.a.w: ‘Dunia ini adalah laknat, melainkan orang yang mencari redho Allah.
4)        Bagaimana untuk kita memperolehi cinta Allah?
•          Sebagaimana yang kita telah selami, di antara cara ataupun metod untuk kita capai cinta Allah adalah dengan bersifat zuhud kepada dunia serta menghapuskan rasa cinta kepadanya sebagaimana disabdakan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w: ‘cinta kepada dunia itu merupakan kepala daripada seluruh kesalahan’ Bagaimana? Kerana semua perkara buruk yang kita lakukan adalah berpunca daripada cinta kepada dunia. Tanpa cinta kepada dunia, kita tidak akan sesekali melakukan perkara yang melalaikan.
5)        Bagaimana untuk kita mencapai cinta manusia?
•          Hadis di atas telah pun menyatakan bagaimana untuk kita mencapai kasih sayang daripada manusia iaitu dengan berzuhud sesame mereka kerana, apabila kita melakukan suatu perkara yang menyukai mereka, maka mereka juga akan mengasihi kita.
6)        Kezuhudan Rasulullah dan para sahabat
•          Nabi S.a.w: hidup dalam keadaan zuhud sepanjang hidupnya. Walaupun berada dalam keadaan senang dan susah, baginda tetap mengamalkan sifat zuhud. Baginda selalu mengharapkan akhirat, serta selalu bertekun dalam ibadah. Pada suatu ketika Ibn Umar mendengar seorang lelaki berkata: ‘di manakah orang-orang yang berzuhud dengan dunia serta hanya mengharapkan kehidupan akhirat? Lalu beliau telah memperlihatkan kepada lelaki tadi kubur Nabi S.a.w., Abu Bakar, dan Umar. Kemudian dia berkata: ‘tentang mereka inikah yang kamu tanya?
Ibn Mas’ud berkata: kamu adalah orang yang paling banyak melakukan solat, puasa dan jihad berbanding para sahabat Nabi S.a.w., tetapi, mereka jauh lebih baik daripada kamu. Mereka bertanya: Bagaimana? Beliau menjawab: ‘mereka adalah orang yang jauh lebih zuhud daripada kamu di dunia dan merupakan orang yang lebih kuat keinginannya kepada kehidupan akhirat. Mereka telah memperoleh kehidupan dunia dengan harta yang halal tetapi mereka menggunakannya dalam keadaan hati mereka hampir kepada Allah serta mereka menginfakkannya dalam rangka untuk berkorban kepada Deen Allah dan meninggikan Kalimah Allah. Abu Sulaiman berkata: Saiduna Uthman dan Abdurrahman Bin ‘Auf R.A. merupakan bendahari Allah di buminya, mereka menginfak dalam ketaatan kepadaNya.





Powered By Blogger