Tuesday 7 February 2012

Kita adalah Bayi

Kanak-kanak ialah golongan manusia yang belum mencecah 18 tahun. Ia juga digelar budak atau anak kecil. Golongan ini juga dianggap golongan yang belum sampai akil baligh. Berikut merupakan perkembangan bagi manusia:






                               1                   2                         3                   4                         5

    Gambar rajah di atas jelas menunjukkan berkaitan dengan perkembangan manusia. Sepertimana yang kita telah pelajari bahawa, manusia yang berumur 0-1.5 tahun adalah tergolong dalam golongan bayi seperti pada rajah nombor 1. Manakala sesudah beberapa tahun selepas itu, iaitu pada lingkungan 2-4 tahun, kanak-kanak ini biasanya akan belajar untuk bertatih seperti rajah 2.

    Ketika mereka berumur 4-11 tahun, mereka berada dalam peringkat pertengahan kanak-kanak atau lebih dikenali dengan (pelajar sekolah rendah) seperti dalam gambar rajah bernombor 3. Pada usia 11-12 tahun pula merupakan zaman pengakhiran kanak-kanak. Pada ketika ini, ibu bapa perlu memberi perhatian yang lebih kepada mereka dari semua aspek kerana zaman ini adalah zaman pra-remaja.

    Pada gambar rajah nombor 4 pula, zaman ini dikatakan zaman remaja dan zaman akil baligh iaitu ketika berumur 13-20 tahun. Pada usia ini, mereka ini akan menjadi lebih matang daripada sebelumnya kerana mereka sudah bersedia untuk menghadapi apa jua yang terdapat di sekeliling mereka. Pada ketika ini, ibu bapa perlu menjadi lebih kreatif untuk mendidik dan mengawal mereka kerana ia tidak sama dengan mengawal mereka seperti mereka berada pada zaman kanak-kanak dahulu.

    Pada usia 16-39 tahun adalah zaman yang tidak perlu kepada asuhan yang 'mengongkol' daripada ibu bapa, kerana mereka mempunyai ego mereka yang tersendiri pada ketika ini. Usia ini juga turut dikatakan oleh pakar saintis sebagai usia 'bersahabat' dengan ibu bapa kerana mereka pun sudah hampir untuk menjadi seperti bapa mereka sendiri. Bahkan, mereka juga mampu mengasuh kembali ibu bapa mereka yang sudah tua. Usia seperti ini terdapat pada rajah bernombor 5. Pada ketika ini juga, mereka perlu mendidik anak mereka pula. Mereka pula akan merasai zaman ibu bapa mereka.

    Seterusnya, pada umur 40-59 tahun, mereka sudah dianggap sebagai bapa, kerana pada ketika inilah semua yang mereka kehendaki, tiada penghalang yang menghalang hidup mereka. Mereka juga akan melalui zaman datuk ketika ini dan yang paling lazim sekali, mereka pasti akan merasai sakratul maut... Ia tidak semestinya berlaku pada usia ini sahaja, sebaliknya ia terjadi pada umur yang berbeza-beza atau pada bila-bila masa sahaja..

Kedudukan anak dalam islam



 1.Anak sebagai perhiasan:
Sebagai manusia, kita akan menginginkan kepada perhiasan. Ini adalah fitrah yang Allah jadikan kepada kita, lebih-lebih lagi wanita. Mereka adalah golongan yang Allah jadikan lebih cenderung kepada perhiasan. Dengan rahmat Allah, Dia telah menjadikan anak itu sebagai perhiasan kepada orang yang memilikinya sepertimana firman Allah S.W.T. dalam Surah al-furqan ayat 74:

 Maksudnya: ‘Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan-keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa’

2.Anak sebagai rezeki:
Anak juga merupakan suatu rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Tergamakkah kita tidak mensyukurinya? Firman Allah S.W.T. Dalam surah al-isra’ ayat 31:

Maksudnya: ‘Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar’

Sebenarnya, jika berdasarkan ayat ini, kita akan mendapati bahawa ia terdapat 3 hak asasi dalam islam:
1)Pendidikan akan menjadi lebih gratis
2)Makanan akan terjamin
3)Keamanan akan dikecapi

3.Anak merupakan Qurratul ‘Aini yang bermaksud penyejuk hati kita(ibu bapa)

4.Anak juga sebagai amanah:
Amanah dari Allah kepada isteri ialah, (ayah, ibu, suami, anak). Anak perlu dididik dan dirawat supaya dapat mengenal Allah S.W.T., Rasul, dan keterampilannya.

5.Perkara yang paling berat sekali, anak adalah kedudukan sebagai fitnah iaitu, yang menjadi cubaan dan ujian bagi orang tuanya jika tidak sesuai dengan harapan.

6.Anak sebagai kebanggaan

7.Anak sebagai musuh:
Perkara ini kita memohon perlindungan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. Dalam surah al-ahqaf ayat 15:

Maksudnya:''FirmanNya lagi yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.'' (Surah al-Ahqaf ayat 15).

Tahap pendidikan oleh Rasulullah S.A.W:

1.     0-6 tahun: Tahap bermain dan bercanda. Menunjukkan Allah itu ada dengan menunjukkanNya ke atas.
2.     7-14 tahun: Tahap berdisiplin dan pengarahan seperti solat wajib serta dihukum jika tidak                         melaksanakannya. Jika tahap ini mampu berkonsisten, maka hasilnya akan terlihat setelah 14 tahun.
3.     14-21 tahun: Tahap mendidik dengan cara pertemanan
4.     21-28 tahun: Tahap pengawasan dari jauh.

 Semoga Allah memudahkan kita semua, InsyaAllah..








No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger